feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


RSS Headline

1001 Secrets Inside of Google AdSense

Search Engine Optimization - Tag META

Tag META

Tag META atau dirujuk secara mudah sebagai “tag”, adalah sebahagian kod yang kecil dan tersembunyi, yang memberitahu search engine tentang blog anda. Dengan asasnya, tag adalah senarai keyword yang pengunjung anda tidak nampak tetapi index search engine nampak. Tag digunakan dalam membantu search engine index laman web dengan baik tanpa dilihat dan menggangu pembaca anda.

Jika saat ini anda mempunyai blog tentang fotografi, maka mungkin anda mahukan tambahan sekumpulan tag seperti: fotografi, foto, studio, fotografi, gambar, cetakan, potret, kamera, filem, dan sebgainya. Anda mahu tag anda kekal dalam topik khusus kepada blog anda, tetapi anda juga mahu masukkan kesemua perkataan yang mungkin akan dicari oleh seseorang dan dapat menjumpai blog anda. Tag ini membantu mendapatkan blog anda di index kan untuk semua perkataan di dalam tag.

Tidak seperti perisian catatan blog yang lain, Blogger tidak mempunyai cara yang mudah untuk menambah tag kepada blog anda. Sesetengah format blog ada, Blogger sahaja yang tiada. Namun, masih boleh generate tag untuk Blogger anda dengan menggunkan laman web lain dan kemudian copy & paste code pada template anda. Ia adalah mudah dan percuma untuk dilakukan. Disarankan agar anda meletakkan tag pada pencatatan blog anda. Apa-apa saja yang akan membantu anda untuk meningkatkan Search Engine Optimization (SEO), anda harus mempelajarinya dan pastikan anda melaksanakannya. Ia adalah suatu perkara yang sangat penting untuk menarik lebih ramai pembaca datang ke blog anda.

beberapa laman tag terkenal termasuklah:

http://de.licio.us/

http://www.technorati.com/

Mendaftarkan di salah satu laman ini amatlah mudah dan ianya percuma. Setelah mendaftar maka anda boleh menjanakan code tag untuk blog Blogger dan hanya perlu menampalkannya di dalam template blog anda.

Pertama sekali anda perlu buat backup template blog anda, manalah tahu anda akan menyukainya atau tidak, anda boleh kembalikan kepada keadaan template anda yang asal jika ianya tidak memenuhi kemahuan anda. Kemudian anda perlu copy & paste code tag tersebut selepas lokasi dalam template anda yang menyebut:

<$BlogMetaData$>

Dengan memasukkan code tag anda disini, setiap kali anda mengepos mesej kepada blog anda, search engine juga akan mendapat salinan kesemua keyword tambahan anda yang telah ditagkan bawah teks mesej tersebut. Walaupun catatan blog anda tidak menyebut keyword anda, tag anda menyebutnya!

Ini bermakna jika blog anda tentang “Malaysia” tetapi anda memilih untuk bercakap tentang “Planet Marikh” anda pada catatan pos anda, index tetap akan dapat kenal perkataan Malaysia sebagai salah satu keyword anda kerana perkataan Malaysia diperoleh daripada tag.





0 comments:

Post a Comment

1001 Secrets Inside of Google AdSense