feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


RSS Headline

1001 Secrets Inside of Google AdSense

Introduction to Search Engine Optimization (SEO)

Bagaimana search engine berfungsi?

Sebelum kita boleh bincangkan tentang Search Engine Optimization, anda perlu tahu fungsi dan faham perkara asas tentang bagaimana search engine berfungsi. Sementara prosesnya banyak membabitkan pengiraan matematik, jauh lebih rumit daripada apa yang orang kisah untuk ambil tahu, saya akan cuba berikan suatu penjelasan yang mudah dan ringkas.

Search engine seperti Google, Yahoo!, MSN dan sebagainya menghantar “spider” ke laman web / blog baru. Spider ini hanyalah sedikit kod atau boleh juga dikatakan satu program yang “merayap” laman web. Tindakan merayap laman web hanyalah menyalin halaman dan memuat turun salinan tersebut ke dalam web server sesuatu search engine.

Setelah spider merayap ke laman web / blog tersebut, search engine akan index maklumat yang diperoleh daripada salinan halaman yang ia baru dapat. Index ini adalah tentang keyword, tag dan isi laman web / blog tersebut.

Apabila anda pergi ke http://www.google.com dan meletakkan keyword sebagai carian, halaman “search result” anda adalah berdasarkan halaman yang di index daripada proses ini.

Jadi, secara amnya search engine menghantar spider kepada halaman anda, merayap didalamnya, menyalinnya kepada server mereka sendiri, index maklumat yang ada pada salinan tadi dan kemudian menggunakan index tersebut apabila seseorang membuat carian. Sebenarnya ia bukanlah proses yang semudah itu, tetapi itu sudah memadai untuk kita memahami secara asasnya apa yang berlaku.





0 comments:

Post a Comment

1001 Secrets Inside of Google AdSense