feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


RSS Headline

1001 Secrets Inside of Google AdSense

2.1 - Bagaimana AdSense tahu iklan apa untuk dipaparkan

Enjin AdSense Google kerap menghantar bot, dipanggil Googlebot, untuk melawat laman web anda dan menganalisa akan halamannya. Bot ini adalah hanya satu program yang membaca laman web anda. Googlebot akan melihat kata kunci anda, struktur, dan format web, bahasa yang digunakan dan sebagainya. Berdasarkan maklumat ini, Google kemudiannya akan menghantar iklan AdSense yang mungkin mempunyai daya tarikan yang kuat supaya pengunjung akan mengkliknya.

Googlebot juga akan memberitahu AdSense sekirannya blog anda ditulis di dalam bahasa lain selain daripada Bahasa Inggeris. Dengan ini, iklan AdSense yang akan dipaparkan akan mengikut bahasa yang terdapat dalam laman anda. Tidaklah elok sekirannya iklan Bahasa Inggeris dilihat pada laman Sepanyol dan sebaliknya. AdSense boleh didapati dalam pelbagai bahasa dan kawasan diseluruh dunia. Iklan yang akan dipaparkan di blog anda adalah daripada kawasan anda sendiri dalam bahasa tempatan.

Semakin lama laman anda wujud, dan semakin lama Googlebot memeriksa laman anda, semakin banyak iklan yang berkait rapat dengan isi laman anda akan dipaparkan. Pada awalnya, bot mungkin silap mentafsir maksud blog anda jika anda tidak melakukan kerja yang baik dengan meletakkan pelbagai kata kunci yang relevan. Jika anda mempunyai blog tentang kopi, tetapi anda banyak bercerita tentang keluarga anda dalam mesej yang diposkan, anda mungkin akan menerima iklan yang menarik minat pembaca tentang blog keluarga. Jika anda ingin membuat duit melalui blog, selalunya anda perlu tetap pada satu topik supaya Googlebot dapat membaca dan mengenal pasti iklan yang sesuai untuk dipaparkan dalam blog anda.

Dengan mengetahui tahap standard yang dicari oleh Googlebot pada website anda melalui Googlebot, dan memastikan blog anda memenuhi standard tersebut, menjadikan AdSense berkesan untuk anda. Atas sebab yang tidak diketahui, AdSense lebih menyukai laman yang mempunyai lebih banyak tulisan berbanding gambar. Googlebot juga melihat tulisan yang lebih besar dan berhuruf tebal (bold) adalah lebih penting berbanding tulisan yang biasa. Ini bermakna mengepos kata kunci yang besar dan berhuruf tebal akan membantu AdSense mengenal pasti subjek pada blog anda dengan lebih baik. Ini juga bermakna anda perlu mengurangkan penggunaan gambar dan pnulisan perlulah selalunya berkaitan dengan topik blok. Jika anda mahukan blog yang mempunyai banyak gambar, anda mungkin boleh memulakan blog kedua dan kemudiannya membuat pautan pada kedua-dua blog tersebut pada hos yang sama.

Satu petua untuk penulis blog ialah memastikan setiap mesej yang diposkan ke blog dimulakan dengan tajuk yang besar dan berhuruf tebal. Ianya sungguh cepat dan mudah untuk dilakukan dan sangat berkesan bagi AdSense. Jika blog anda adalah tentang katak, dan anda meletakkan perkataan katak pada tajuk yang besar dan berhuruf tebal pada permulaan mesej yang diposkan, Googlebot akan memahami bahawa blog anda adalah tentang katak. Dengan mengambil sedikit masa untuk melakukan perkara yang mudah ini akan dapat memastikan Googlebot memahami isi blog anda dengan cepat dan akan memaparkan iklan AdSense yang berkaitan. Ia akan natural sahaja dan tidak akan menggangu pembaca. Ianya juga boleh menjimatkan masa daripada menggunakan cara yang lain oleh penulis blog seperti kata tag khas atau enjin carian.

Satu lagi petua AdSense yang bagus ialah anda pastikan kata kunci dalam topik anda digunakan lagi dalan isi kandungan. Sebagai contoh, jika blog anda tentang “ayam”, mesti pastikan perkataan ayam tertulis dalam tajuk mesej blog. Anda juga mesti pastikan telur ayam, bulu ayam, dan perkataan lain yang berkaitan, disebut seberapa banyak yang mungkin dalam isi mesej. Semakin banyak kata kunci tertulis dalam tajuk dan mesej yang relevan, semakin mudah AdSense untuk hanya memaparkan iklan yang relevan sahaja. Anda akan mendapat kadar click through yang lebih tinggi daripada iklan yang relevan dengan tajuk blog. Cuba ingat kembali semasa anda klik pada iklan Google AdSense di laman web orang lain. Terus terang dikatakan, adakah anda mengkliknya kerana ia topik yang relevan dengan topik yang dibincangkan? Sudah semestinya!

Walaupun begitu, anda tidak mahu bebankan mesej-mesej blog dengan kata kunci yang banyak. Pembaca mahu tahu bahawa anda menulis blog bukan untuk membuat duit tapi untuk mereka baca. Dengan menulis ayat yang berbunyi; “...ayam dalam reban ayamku dalam proses menetaskan lebih banyak telur ayam...” menyerupai satu ayat. Saya cuba gunakan perkataan ayam “ayam” seberapa banyak yang mungkin. Memanglah mesti ada keseimbangan di antara mesra pembaca dan mesra Googlebot yang menentukan iklan AdSense di laman web anda. Daripada menyumbat dengan kata kunci yang banyak, cuba buat lebih banyak ayat atau gunakan kata kunci dalam tajuk dan perbanyakkan lagi ayat dalam mesej pos anda.

Anda juga tidak mahu tampil seolah anda dirikan blog dengan beberapa kata kunci hanya untuk AdSense. Anda juga tidak mahu tiru isi kandungan daripada laman percuma seperti wikipedia. Blog seperti ini dipanggil splog (singkatan spam dalam blog) dan melakukannya akan menyebabkan anda terkeluar dari program AdSense dan juga Blogger. Anda perlukan isi kandungan blog yang asli dan baik, bukan hanya beberapa kata kunci. Dengan splog, untuk seketika anda boleh dapat kedudukan enjin carian yang tinggi tapi mengapa pembaca mahu melawat atau kembali ke blog anda jika ia hanya mengandungi beberapa kata kunci dan iklan untuk diklik?

Googlebot akan mengambil masa untuk melawat laman web anda dan menentukan topik utamanya. Jika laman web baru pada AdSense, Google tidak akan meneka topik laman anda tapi ia akan meminta sumbangan atau servis pemberitahuan umum supaya tidak membazirkan wang pengiklanan klien Adword. Ini adalah suatu yang bagus untuk anda. Perkara yang terakhir anda mahukan ialah melihat iklan di blog yang tiada langsung relevan dengan topiknya. Dengan meletakkan iklan neutral, Google telah menyelesaikan masalah ini.





0 comments:

Post a Comment

1001 Secrets Inside of Google AdSense