2.2 - Daripada manakah datangnya iklan
Wajarkah saat ini anda mungkin tertanya-tanya daripada manakah datangnya iklan yang Google paparkan. Google mempunyai satu lagi program yang dipanggil AdWords dimana syarikat perniagaan dan individu boleh mengiklankan laman web mereka melalui Adsense. Pengiklan dijamin bahawa iklan mereka akan dipaparkan dalam laman web yang relevan dengan peroduk atau servis yang mereka tawarkan. Spertimana Adsense menjimatkan masa daripada mencari pengiklan untuk laman web mereka, AdWords juga menjimatkan masa, tenaga dan wang bagi perniagaan yang mahukan iklan mereka diiklankan di laman web yang relevan tanpa mereka sendiri perlu mencarinya.
Dengan menggunakan program AdWords, perniagaan dan individu membeli iklan Adsense dalam kadar yang banyak dengan membidanya. Amnya, sebuah perniagaan akan membayar untuk 500-1000 iklan dalam satu masa. Berdasarkan kata kunci yang ditetapkan, sebuah perniagaan membenarkan Adsense memaparkan iklannya dalam laman web yang akan menarik minat pembaca yang bakal menjadi pelanggnanya.
Menambil contoh sebelum ini, blog tentang ayam, jika anda seorang peniaga ayam telur atau pembekal peralatan aksesori industri ayam, anda akan mahu iklam dipaparkan dalam blog tentang ayam. Inilah yang dilakukan oleh AdWords dan Adsense. Ia melakukannya dengan baik sekali bagi pihak pengiklan dan pemilik ruang iklan. Perniagaan ayam telur mahukan pencinta ayam dan, blog tentang ayam adalah tempat yang mudah untuk jumpa mereka. Blog itu pula mahukan iklan yang menarik perhatian pencinta ayam dan, iklan perniagaan ayam telur adalah salah satunya.
Sepertimana Adsense boleh menjadi cara yang terbaik untuk buat duit daripada pengiklanan, AdWords juga boleh menjadi cara yang baik untuk mengiklankan perniagaan ataupun blog anda! Sekiranya anda mencari pengunjung trafik sasaran, tiada cara yang lebih baik daripada AdWords di mana ai akan memaparkan iklan dalam laman web yang relevan? Hanya inilah cara yang paling susah. Sekiranya blog anda mempunyai topik yang unik dan susah untuk dapat trafik, anda boleh membeli pengiklanan AdWords dan pautan blog anda akan dipaparkan dalam laman web yang relevan dan ini akan menghasilkan trafik tambahan. Dengan itu, anda akan mendapat lebih banyak klik pada iklan Adsense dan berkemungkinan besar akan mendapat duit yang lebih banyak daripada kos pengiklanan AdWords itu tadi.
Post a Comment