Menyertai AdSense 2 - Selepas anda diluluskan untuk menggunakan AdSense
Selepas anda diluluskan untuk menggunakan AdSense
Selepas blog anda dilulukan untuk hos iklan Adsense, anda perlu tambah tiga blok iklan ke dalam template Blogger anda. Bagaimana dan di mana anda membuat ini teramatlah penting seperti sejauh mana anda akan menjana pendapatatn daripada Adsense. Anda mahu jadikan iklan sebati dengan template, dan kepada pembaca anda, anda tidak mahu ia kelihatan seperti suatu pengiklanan.
Dalam membaca terma dan syarat program Adsense, anda dapati bahawa anda dibenarkan untuk hos tiga blok iklan Adsense yang berasingan di dalam satu-satu laman web. Untuk blog di Blogger, anda mahu letakkan satu blog di bahagian atas halaman, satu lagi di dalam mesej teks anda dan yang terakhir pada sisi tepi iaitu di mana terletaknya senarai pautan. Lokasi tempat ini telah terbukti dalam membuat duit daripada Adsense oleh ramai penulis blog.
Matlamat utama anda dengan ketiga-tiga blok iklan ini adalah untuk menjadikan ia sebati dengan bahagian lain blog anda, dan kepada pambaca anda, ia kelihatan seperti suatu pengiklanan. Dalam perkara ini, Google telah membolehkan anda “sebatikan” iklan anda dengan template pilihan anda. Untuk melaukan ini, anda perlu pergi ke Dasboard dalam Blogger dan klik pada Settings dan kemudia klik pada Adsense. Notis di mana ia katakan “Blend Template” ( Sebatian dengan Template) di bawah “Select Color” (Memilih Warna), ini pemilihan yang akan selalu anda gunakan! Amatlah penting untuk uklan Adsense anda sebati dengan isi kandungan blog. Walaupun warna lain mungkin nampak lebih cantik, pembaca tidak akan kerap mengkliknya jika ia “berbau” iklan. Lebih baik mengikuti apa yang telah terbukti berkesan oleh penulis blog lain iaitu cuma perlu sebatikan ia ke dalam template anda.
Anda pilih saiz blok iklan Adsense. Saiz blok iklan itu ditentukan mengikut tempat yang anda mahu paparkan dan dilihat teratur dalam blog.
Post a Comment