Search Engine Optimization - Kata kunci (keyword)
Search Engine Optimization - Kata kunci (keyword)
Keyword penting supaya blog anda dilihat dan diberi kedudukan yang tinggi oleh search engine. Kita telah membincangkang tentang menulis isi yang kaya dengan keyword, guna keyword dalam tajuk dan format istimewa seperti menebalkan huruf (bold) untuk menarik Googlebot kepada topik anda. Alasan ini mudah saja, untuk Search Engine Optimization. Anda harus menggunakan keyword blog anda selalu kerana ini akan membantu search engine index laman anda untuk keyword tersebut. Index yang lebih baik samalah seperti kedudukan yang lebih baik pada laman search result apabila seseorang membuat carian untuk keyword ini.
Katakanlah anda miliki blog tentang Malaysia. Semakin banyak perkataan “Malaysia” digunakan pada tajuk dan catatan anda, semakin banyaklah Google dan search engine yang lain faham bahawa laman anda adalah tentang Malaysia. Ini bermakna apabila seseorang membuat carian Malaysia dengan Google, halaman anda akan muncul dengan kedudukan yang lebih tinggi daripada laman web lain mengenai Malaysia tapi kurang menyebut perkataan Malaysia dalam laman webnya.
Isi kandungan blog mestilah mempunyai banyak keyword di dalamnya. Ini adalah salah satu matlamat anda dalam Search Engine Optimization. Dalam erti kata lain anda harus memastikan bahawa di dalam teks halaman anda, anda pastikan kebanyakan perkataan ini adalah keyword. Ini biasanya dirujuk sebagai “keyword density”.
Andaikan seketika yang anda miliki blog tentang laptop. Anda menulis satu article yang mengandungi lebig kurang 500 perkataan dan anda menyebut perkataan “laptop” 10 kali dalam article tersebut. Ini akan memberika anda 2% keyword density. Itu bermakna 2% daripada perkataan anda di dalam article tersebut adalah “laptop”. Jika anda ubah article yang sama supaya mengandungi perkataan “laptop” 18 kali, menggunakan tajuk “Cheap Laptop” dan kemudian masukkan tajuk kedua di permulaan teks blog anda. Maka anda telah menggunakan perkataan “laptop” sebanyak 20 kali. Menggunakan perkataan “laptop” 20 kali di dalam halaman article yang mengandungi 500 perkaaan akan memberikan keyword density anda yang baru iaitu 4%.
Contoh di atas adalah contoh yang amat mudah, tapi cukup untuk memberikan kefahaman mengapa keyword dan bagaimana kekerapan anda menggunakan adalah mustahak. Matlamat anda ialah untuk mendapatkan keyword density di antara 5% dan 10% tetapi tidak lebih daripada itu. Jika lebih daripada itu, blog anda akan menjadi sukar untuk dibaca dan search engine akan akan mula berfikir bahawa anda membina sebuah splog jika keyword density anda lebih daripada 15-20%. Sekali lagi ini adalah perkara yang mana anda perlu mengimbangi antara apa yang akan menjadi mesra pembaca dan juga mesra search engine.
Post a Comment