1.1 - Apakah sebenarnya Blog
Apakah sebenarnya Blog?
Dengan perkembangan Internet kepada keadaan yang sedia ada pada hari ini, kebanyakan webmaster mendapati bahawa pengunjung web ingin mengetahui laman web yang mempunyai berita terkini dan yang selalu dikemaskinikan. Pengunjung web mencari maklumat yang terkini dan sensase serta mereka tidak mahu mencari sendiri laman web yang manakah yang baru dikemaskinikan. Mereka mahukan sesuatu tempat di mana mereka boleh pergi dan dapat lihat apa yang baru.
Beberapa cerdik-pandai pengatur cara mula menuliskan log dalam laman web mereka yang memberitahu pengunjung mengenai laman web yang telah dikemaskinikan atau yang mempunyai maklumat terkini. Log web ini, sepertimana yang dinamakan pada ketika itu, adalah seumpama sebuah direktori tidak rasmi kepada “apa yang terkini” di internet. Akhirnya log web itu dan teknologi yang menggerakkan mereka berkembang dan berubah menjadi kepada Blog wujud pada hari ini.
Sebuah bloh adalah hanya satu laman web yang ditulis padanya berita-berita dalam format yang bersahaja dan kerap dikemaskinikan. Daripada menjadi laman web yang mnyenaraikan laman web baru atau laman web yang baru dikemakinikan, Blog itu sendiri adalah sebuah laman web dan telah menjadi suatu perkara yang baru, yang sentiasa berubah.
Di internat sebuah Blog mempunyai peranan yang sama seperti siaran berita televisyen tempatan anda atau seperti surat akhbar dalam cabang media masing-masing. Blog adalah suatu tempat di mana anda boleh pergi bila anda inginkan maklumat terkini dan yang menarik, dalam sebarang tajuk yang diminati.
Blog adalah laman web yang sentiasa dikemaskinikan dengan maklumat yang terkini. Tujuan utama Blog adalah untuk mendidik dan menghiburkan orang ramai. Sepertimana program berita yang baik atau surat khabar tempatan, Blog yang baik menyajikan anda dengan pendidikan dan hiburang yang seimbang. Sebuah Blog yang baik mengandungi pelbagai isi kandungan yang bernas, yang mengajar anda suatu perkara yang baru dan juga menghiburkan dalam proses tersebut. Untuk memastikan Blog anda berjaya, anda mesti memastikan Blog anda mempunyai ketiga-tia ciri tersebut. Blog yang paling berjaya di internet ialah yang mempenyai ciri tersebut yang diolah dengan baik.
Jika log web dahulunya merupakan senarai laman web baru atau laman web yang sentiasa berubah dan ertukar mengikut pngedaran masa, kini dikenali sebagai Blog. Pada suatu ketika, Blog hanya dimiliki oleh pengatur cara. Penulisan Blog pada masa kini boleh dimiliki sesiapa sahaja, tanpa debarang kemahiran pengaturcaraan atau kemahiran HTML bagi membina Blog mereka sendiri. Log web pada masa dahulu telah berkmbang manjadi Blog pada hari ini.
Dengan adanya pertumbuhan Blog percuma dengan pesat, seperti Blogger kepunyaan Google, ia dapat memudahkan sesiapa sahaja di dunia ini untuk mendapatkan Blog mereka sendiri. Blogger hanya perlu menggunakan templat dan mendaftar satu akaun, memulakan Blog sendiri hanya mengambik masa lima minit sahaja dan kemudian anda telah siap sedia untuk membinanya! Jika anda hanya boleh e-mail dan melayari laman web, maka anda boleh mempunyai Blog sendiri. Ia sungguh mudah dan yang paling menarik ianya adalah percuma!
Pada hari ini Blog diseleggra oleh syarikat besar dan kecil, dan juga oleh individu di serata dunia. Pada masa kini, masyarakat semua peringkat umur boleh memiliki Blog sendiri, malah nenek anda juga boleh memilikinya jika dia mahu. Apa yang perlu dilakukan ialah mendaftar akaun Blogger dan mula menaip tentang keluaraga, hobi, binatang kesayangan atau apa sahaja yang mahu diceritakan. Blog keluaraga adalah merupakan salah satu cara yang baik untuk keluarga yang saling berhubung antara satu sama lain.
Blog merupakan diari secara talian atau buku catatan yang anda boleh gunakan untuk menerbitkan minda anda. Blog juga boleh menjadi laman web rasmi ang memberi maklumat kepada orang ramai tentang apa saja topik yang boleh anda fikirkan. Blog anda boleh mendai Blog peribadi atau Blog profesional mengikut kemahuan anda.
Melalui penggunaan templat Blogger yang hebat, anda boleh mngubahsuai rupa bentuk Blog yang anda inginkan bagi menepati jenis Blog yang dimahukan. Anda juga bebas untuk memiliki lebih daripada satu Blog dengan rupe bentuk yang berbeza-beza, bersesuaiandenagn topik yang tersendiri. Apa yang paling menarik ialah kedua-dua Blog peribadi dan Blog proesional boleh memilik AdSense yang dapat menghasilkan duit untuk anda!
Dalam talian, buat masa ini terdapat pelbagai topik yang dibincangkan de dalam Blog seperti topik tentang politik di tempat kerja, politik dunia perhubungan, hidup berjimat, sukan, agama, kehidupan keluarga, kana-kanak, haiwan peliharaan keluarga dan apa saja di antaranya. Jika anda berminat dengan suatu topik, anda akan menemui sebuah Blog tentng topik tersebut. Tetapi, jika anda mencari tetapi tidak menemui topik yang menarik minat anda di dalam Blog yang sedia ada, maka mungkin ia boleh menjadi topik yang hebat untuk Blog anda sendiri san membuat duit melaluinya!
Post a Comment