feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


RSS Headline

1001 Secrets Inside of Google AdSense

Cara Google mengesan klik palsu AdSense

Cara Google mengesan klik palsu AdSense

Adakah anda sudah menyertai Google Adsense? Pernahkah anda cuba click sendiri iklan Google Adsense anda atau anda memang pernah click sendiri iklan tersebut….AWAS akaun anda mungkin akan di tamatkan.

Tahukah anda Google mempunyai sistem yang boleh mengesan click-click palsu itu. Melalui sistem inilah banyak akaun pemilik Google Adsense telah ditamatkan. Di sini saya rangkumkan beberapa cara yang digunakan oleh Google untuk mengesan click-click palsu dari laman-laman web yang benar-benar asli.

Google tidak akan langsung menamatkan akaun anda, akan tetapi mereka akan terlebih dahulu menandakan akaun anda dan memberi perhatian kepada akaun anda. Dalam beberapa keputusan, mereka kadang-kadang mengirimkan email peringatan untuk memberi tahu situasi anda, namun kadang-kadang tidak dan mereka boleh menamatkannya serta merta.


1. IP Adress

Ini adalah cara yang paling mudah dan pasti diketahui oleh semua orang. Apabila click di iklan - iklan laman web anda berasal dari IP Adress yang sama dari yang anda gunakan untuk mengakses akaun Adsense anda, akaun anda akan diselidiki. Jika pasti anda yang melakukannya, maka bersedialah untuk kehilangan akaun Adsense.

2. Click Through Rate (CTR)

Biasanya, CTR tidak melebihi 10%. Apabila sebaliknya, Google akan menandakan akaun anda. Sebagai rujukan, CTR normal biasanya berkisar antara 0.5% hingga 10%.

3. Lokasi Fizikal

Google memiliki teknologi pengesanan lokasi yang sempuna. Mereka mampu mengesan lalu lintas trafik di Internet hingga ke seluruh pelusuk bumi. Jadi, menggunakan banyak komputer yang memiliki alamat IP berlainan pun tidak akan memberikan apa-apa makna. Jadi, jangan mencuba untuk meng-click iklan anda sendiri dari beberapa cybercafe yang berbeza-beza.

4. Cookies

Kebanyakan pemilik komputer di rumah tidak memiliki alamat IP statis untuk sambungan internet mereka. Di kebanyakan keadaan, hanya dengan memutuskan dan menghubungkan kembali modem anda akan mendapat alamat IP yang baru. Tetapi jangan lupa, Google telah menempatkan cookies di komputer anda. Mereka dapat mengesan cookies tersebut dan melihat apakah mereka datang dari sebuah komputer yang sama.

5. Pola Click 1

Sangat menghairankan apabila pengunjung click iklan dan mereka tidak tahu apa yang mereka buat dan meninggalkan laman web begitu sahaja (hit and run). Biasanya, pengunjung normal akan melihat - lihat sebentar di dalam laman web anda dan barulah mereka click iklan yang menarik.

6. Pola Click 2

Mengapa komputer / IP Adress / orang ini senang untuk meng-click iklan di laman web yang ini tetapi tidak pernah meng-click iklan di laman web lain? Maksudnya sudah tentu anda sendiri yang click iklan anda.

7. Pola Click 3

Mengapa pengunjung ini boleh mengakses laman web ini secara terus (dari bookmark atau menaip URL langsung dari browser) dan sangat cepat untuk meng-click iklan berbanding pengunjung lain yang datang dari search engine atau laman web yang lain?

8. Jasa Google Lain

Selain Adsense, Google juga menyediakan berbagai perkhidmatan kepada kita. Jangan sangka bahawa anda terlepas hanya kerana anda tidak masuk ke dalam akaun Adsense anda dan click iklan anda sendiri. Perkhidmatan lain apa yang Google sediakan untuk kita? Beberapa contohnya: Gmail, Google Earth, Google Calendar, Google Search, Google Toolbar, Google Talk, Google Sitemap, Google Desktop, Blogger atau bahkan YouTube yang baru dibeli Google.

9. Rangking search engine

Jika laman web anda tidak di-index oleh search engine apapun, tidak memiliki link dari laman web besar lainnya, akan tetapi mengapa anda terus mendapat trafik yang tinggi? Bagaimana caranya pengunjung dapat menemukan laman web anda dan melihat iklan anda? Hal ini akan membuat Google curiga.

10. Reka Bentuk laman web

Meletakkan kata-kata seperti “Please click link below” atau “Get money by click link below” Kata-kata seperti ini melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Google. Google dapat menggunakan search engine mereka, atau menggunakan kaki tangan mereka untuk memeriksa laman web anda dari waktu ke waktu.

11. Conversion rate pengiklan

Mungkin saja pengunjung akan click iklan di web anda. Akan tetapi apakah click ini membuahkan hasil untuk para pengiklan? Apabila tidak ada click di web anda yang memberikan hasil kepada para pengiklan, anda akan mendapat masalah besar. Pertama, fungsi Smart-Pricing Google akan aktif, kemudian mereka akan menamatkan akaun Adsense anda.

Demikianlah beberapa perkara di lakukan oleh GOOGLE yang boleh mengesan click palsu dari laman web anda.

Sumber: http://rahsiakomputer.blogspot.com/





1 comments:
gravatar
Sense of Blogging said...
Thursday, June 24, 2010  

terimakasih atas informasinya...

Post a Comment

1001 Secrets Inside of Google AdSense