2.0 - AdSense sebagai model penghasilan wang
Program Google AdSense membenarkan anda menjual ruang iklan laman web untuk pengiklanan lain. Menempatkan iklan AdSense pada laman web atau blog anda adalah 100% percuma dan ia adalah cara yang terbaik mendapatkan wang.
Bagaimana anda memperoleh wang daripada Google AdSense? Mudah saja, setiap kali seseorang klik pada iklan AdSense di blog anda, Google membayar anda. Tindakan seseorang mengklik pada iklan dipanggil “click through”. Pengunjung mengklik pautan AdSense di laman web anda dan pergi ke laman web lain. Google membayar anda untuk setiap click through ini kerana pengiklanan mereka berjaya menarik minat pengunjung blog anda. Anda dibayar kerana bersetuju menghoskan iklan dan menyajikan kandungan yang bernas supaya mendapat iklan yang tersasar serta pengklikkan ke atasnya.
AdSense adalah cara yang amat popular untuk mendapatkan wang kerana ia mudah dipasangkan dan digunakan, terutamanya blog daripada Blogger. Kenapa? Jawapannya mudah sahaja; Blogger dan AdSense dimiliki oleh Google, jadi kedua-duanya telah diprogramkan untuk bekerjasama dengan baik. Google mahukan anda meletakkan iklan AdSense jadi Google memudahkan cara untuk metakkan blok iklan dan juga memberikan penampilan yang menarik serta boleh disebatikan dengan tema blog anda. Google faham, dengan cara ini akan menigkatkan nisbah click through dan mahu membantu anda memperoleh wang sebanyak yang mungkin.
AdSense juga sangat popular kerana membolehkan anda menjana pendapatan tanpa perlu mencari pengiklan anda sendiri. Bayangkan segala kerja perlu dilakukan untuk mencari perniagaan alain mengiklankan produk, yang akan menarik minat pengunjung yang khusus melawat laman web anda.daripada anda berbuat demikian, Google membawa mereka kepada laman web anda untuk pengiklanan. Proses ini menjimatkan masa dan juga memberikan keuntungan yang banyak. Ia juga mendatangkan pengiklanan yang bermutu tinggi. Kebanyakan syarikat gergasi dunia iklan melalui Google.
AdSense intuitif, maksudnya ia membaca isi laman web atau blog kemudiannya memilih ikla yang releven sahaja untuk dipaparkan. Jadi jika anda mempunyai blog tentang kucing, AdSense tidak akan memaparkan iklan tentang peluang kerjaya dari rumah. Iklan AdSense amatlah hebat kerana relevan dengan topik dan isi laman web anda dan ini bermakna peluang membaca mengkliknya cerah.
Bagaimana AdSense berfungsi adalah dengan hanya memaparkan iklan yang berkaitan dengan topik yang anda tulis. Sebagai contoh, dalam blog tentang, kucing, AdSense akan memaparkan iklan seperti makanan haiwan peliharaan, cara penjagaan kucing dan pelbagai produk dan servis yang relevan, yang akan menarik minat pengunjung untuk mengkliknya. Anda tidak akan nampak iklan yang tidak relevan seperti produk melangsingkan badan atau skim cepat kaya.
Tambahan pula, apa yang membuatkan AdSense hebat ialah kebolehannya menjadi sebati dengan tema dan penampilan laman web atau blog anda. Ini membuatkannya kurang nampak seperti suatu iklan tapi natural blog anda. Walaupun pengunjung laman web atau blog tidak mahu melihat iklan secara terang-terangan, mereka melihat iklan AdSense sebagai sebahagian daripada isi kandungan atau pautan. Dua sebab mengapa ini baik. Pertama, anda tidak mahu dilihat seperti orang yang mengambil kesempatan daripada pembaca. Kedua, blog anda tidak nampak penuh berserabut dengan iklan. Anda tidak mahu pengunjung nampak beberapa jenis iklan seperti di papan kenyataan tapi iklan yang sebati dengan warna dan topik yang dibincangkan. AdSense melakukan kesemua ini dengan baik sekali dan proses ini amatlah mudah dengan blog yang disediakan oleh Blogger.com.
AdSense tidak membenarkan anda memilih iklan untuk dipaparkan, tapi ia memastikan iklan yang di paparkan menepati isi kandungan laman web. AdSense jug amembenarkan anda menhalang iklan pesaing daripada dipaparkan di laman web anda. Jika blog anda menjual gost cheese (sejenis keju yang khusus), maka anda tidak sekali mahu iklan pesaing anda muncul. Google memahami perkara ini dan itulah sebabnya ia memberikan fungsi halangan ini. Fungsi ini bleh dilakukan di konsol AdSense dan akan diceritakan kemudian.
Post a Comment