1.3 - Blog yang berjaya
Blog yang berjaya
Setelah anda mempunyai blog yang mengandungi AdSense, anda perlukah mula membuat pengepos catatan setiap hari atau dua hari sekali. Secara amnya catatan blog perlulah berkaitan dengan dengan topik blog anda. Namun, anda juga boleh pengepos tentang apa-apa saja pada bila-bila masa. Jika anda mempunyai pandangan tentang politik atau apa saja pada hari itu, anda boleh mngeposnya ke blog. Anda tidak perlu menjadi penulis profesional untuk menjayakan blog anda. Bahkan, anda mendapati bahawa kebanyakan penulis blog bukanlah penulis profesional tetapi hnya semulis semata-mata untuk blog mereka sahaja. Anda hanya perlu minat pada topik yang anda poskan dan poslah sekerap yang mungkin dengan isi yang menarik.
Mengahasilkan isi yang menarik bukan lah sukar sekiranya anda minat dan berilmu tetang topik tersebut. Anda boleh mengepos artikel, memberi ulasa produk, meminta orang lain menulis blog anda, ataupun hanya menulis satu atau dua perenggan tentang apa yang ada dalam fikiran anda pada hari itu. Secara amnya, blog adalah tidak formal, jadi anda perlu sentisa memastikan nada penulisan anda mesra dan mengepos mesej yang ditulis seperti anda menghantar e-mail kepada SEOrang kawan. Anda mahu pembaca melihat anda sebagai “kawan dalam talian” mereka. Mereka hendak merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada diri anda, ingin mengetahui segala-galanya tentang diri anda, apa pandangan dan pegangan anda.
Mempromosikan blog dalam talian adalah mudah dengan fail pengenalan yang boleh anda sertakan dalam penulisan anda di papan mesej internte, yang dinamakan forum dan mesej didalam e-mail anda. Fail pengenalan ini akan menarik ramai pembaca kepada blog anda dan dengan merekalah, anda akan menjalinkan hubungan delam talian dari semasa ke semasa. Adalah lebih baik sekiranya semakin ramai orang yang membaca blog anda. Semakin ramai pembaca setia yang anda ada, semakin banyak pautan ke blog anda akan dikongsikan dengan rakan dan kenalan mereka. Anda perlu selau menggalakkan mereka berkongsi pautan blog anda dengan rakan dan kenalan mereka mungkin berminat dengan blog anda. Semakin ramai pembaca yang anda ada, semakin besarlah pendapat anda daripada AdSense.
Anda juga menerima pengunjung melalui enjin carin seperti Google dan Yahoo. Ini dinamakan sebagai pengunjung “natural” kerana merekan menjumpai laman anda melalui enjin carian. Terdapat beberapa perkara khusus yang boleh anda lakukan pada blog anda, dan catatan blog bagi membantu menugkatkan kedudukan anda dalam enjin carian (search engine) dan menambahkan pengunjung natural ke blog anda. Proses menigkatkan kedudukan di dalam enjin carian (search engine) dikenali sebagai “pengoptimuman enjin carian” atau SEO (search engine optimization). Dengan memahami bagaiama SEO berfungsi, ia boleh membantu anda untuk menambahkan pandapatan malalui blog dengan menjadikan blog anda sebagai laman pertama yang akan muncul dalam senarai keputusan enjin carian (search engine) apabila seSEOrang membuat carian topik blog anda melalui enjin carian.
Salah satu cara yang palin gpopular untuk menigkatkan SEO anda ialah dengan melatakkan tag META dan kata kunci (keyword) khas, pada setiap mesej yang dihanta. Ini merupakan satu proses yang mudah. Untuk meletakkan tag, anda semestinya mahu menggunakan kata kunci (keyword) yang bagus yang dapat menggambarkan isi kandungan blog anda. Dengan menggunakan densiti kata kunci (keyword) yang bagus, anda boleh memberi maklumat dengan topik blog anda kepada enjin carian (search engine) dan memperoleh kedudkan yang lebih tinggi daripada enjin carian. Penggunaan densiti kata kunci (keyword) yang bagus adalah sungguh mudah dan senang untuk digunakan serta dapat memberi pulangan yang besar kepada blog anda.
Satu lagi cara yang mudah untuk menigkatkan SEO anda ialah dengan mambina pautan blog anda di dalam laman web lain. Anda boleh melakukannya dengan mudah sambil anda mempromosikan blog anda. Anda boleh membina pautan blog anda dan menigkatkkan kedudukan dalam enjin carian (search engine) melalui penghantaran artikel dan pengumuman siaran akhbar (press release annoucement) dalam talian. Anda juga boleh menyertai forum dalam talian dan menggunakan fail pengenalan untuk menghubungkan orang ramai ke blog anda. Dengan menyertai dan mengambil bahagian, anda akan menerima ramai pembaca ke blog anda. Pembaca kemuadiannya akan memberitahu rakan dan keluarga mereka tentang blog anda dan pembaca blog anda akan bertambah ramai. Semakin ramai pembaca, semakin banyak klik pada iklan AdSense anda dan semakin banyak duit yang akan masuk ke dalam poket anda.
Denagn membina RSS feed pada blog, kandungan blog anda akan disindiketkan sepertimana yang berlaku dalam buku komik dan siaran televisyen. Kita akan membincangkan mengenai RSS feed di bab yang lain. Memiliki RSS feed sudah menjadi satu kemestiaan kepada blog yang berjaya dan mewujudkannya adalah mudah di dalam Blogger.
Meningkatkan kedudukan enjin carian (search engine) juga boleh dilakukan dengan pinging enjin carian (search engine) tentang blog anda. Ada beberapa laman web yang anda boleh gunakan dengan percuma, membolehkkan anda untuk melakukan apa yang dikatakan ‘ping’ enjin carian. Anda hanya pergi ke laman web tersebut, masukkan alamat blog anda, dan laman web itu akan memberitahu beberapa direktori blog dan enjin carian (search engine) supaya melihat blog anda yang baru dikemaskinikan. Kekerapan berbuat demikian boleh meningkatkan kedudukan blog anda dalam enjin carian (search engine) kerana enjin carian (search engine) dapat melihat bagaimana anda menggunakan kata kunci (keyword) dan menigkatkan kedudukan blog anda dalam enjin carian (search engine) kata kunci (keyword) tersebut.
Post a Comment