feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


RSS Headline

1001 Secrets Inside of Google AdSense

Mencipta isi yang menarik

Mencipta isi yang menarik

Setiap orang yang menulis blog ada dua matlamat yang sama iaitu menarik orang untuk membaca blog dan menarik minat pembaca supaya kerap datang balik sebanyak yang mungkin. Tidak kira apa yang anda buat atau tidak buat pada blog anda, dua matlamat ini adalah matlamat anda juga. Jika tiada pengunjung blog atau pengunjung tidak click pada pautan iklan Adsense anda, maka anda tidak akan mendapat satu sen pun daripada blog anda. Konsepnya semudah itu.

Apa yang patut saya tulis dalam Blog baru saya?

Anda sudah melalui proses memulakan blog, meletakkan Adsense pada tempat strategik untuk mendapat click yang banyak, tapi kini anda tiada idea langsung untuk menulis tentang apa. Kebanyakan kita penulis blog, hadapi masalah yang sama. Kita mahu menulis blog, tapi bila berdepan dengan kotak teks mesej kosong dalam Blogger, kita terduduk kaku. Kita anggap tiada siapa akan membaca apa yang mahu kita katakan. Untuk sektika, kita hadapi sekatan penuli s blog. Jangan bimbang kerana ada penyelesaiannya.

Salah satu cara yang terbaik untuk menjadikan blog anda popular (yang dimaksudkan di sini ialah blog anda mempunyai potensi untuk mendapatkan banyak duit), ialah dengan selalu update kandungan yang menarik minat pembaca dan lokasi iklan yang baik. Pada hebat saya, lokasi iklan adalah perkara yang mudah sekali. Yang susahnya, sekurang-kurangnya pada permulaan ialah memikirkan tajuk yang anda boleh tulis hari demi hari.

Sebenarnya anda mempunyai banyak pilihan tentang apa yang mahu dituliskan dalam blog. Tetapi ini boleh jadi satu bala daripada rahmat. Seperti seorang anak masuk ke dalam kedai permainan yang diberitahu boleh memiliki apa saja yang dia mahu. Ianya terlalu banyak. Apa yang mereka pilih? Ada banyak pilihan. Disuruh “tulis tentang apa saja yang awak mahu” samalah seperti anak itu; terlampau banyak sangat pilihan.

Untuk membantu anda dalam memutuskan topik blog, kenalah faham sedikit tentang bagaimana search engine dan Adsense berfungsi. Jika anda hanya berminat menulis tentang hal peribadi, blog yang bukan bertujuan buat duit, maka boleh tulis tentang apa sajayang anda mahu. Anda perlu hantar pautan blog kepada kawan dan ahli keluarga, kemaskini blog tentang kehidupan seharian anda dari semasa, buat begini cukup. Tapi kalau anda mahu buat duit daripada blog anda, maka anda perlu tahu bagaimana untuk menarik pembaca ke blog, bagaimana supaya pembaca datang lagi dan lagi dan bagaimana mahu buat duit sebanyak mungkin daripada click pengunjung pada iklan Adsense anda.

Kita akan terokai Search Engine Optimization (SEO) dan fungsi Adsense dengan lebih lanjut pada bab yang lain nanti. Buat masa sekarang, amatlah penting kepada kejayaan blog anda bahawa anda harus faham yang anda perlu tahu serba sedikit tentang bagaimana SEO dan Adsense berfungsi, kerana ia dapat banyak membantu anda dalam memutuskan topik apa yang hendak diblogkan. Jik anda berminat dalam membuat duit dengan blog, maka anda perlu tahu topik manakah yang akan mendatangkan traffic daripada search engine (Search Engine). SEO boleh bantu memberikan beberapa pembaca, isi kandungan baru akan sentiasa mendorong semua pembaca anda untuk datang berulang kali dan iklan Adsense yang relevan pada blog anda akan membantu mendapatkan click yang membuat duit untuk anda.

Dengan hanya melihat kepada SEO atau Adsense tidak akan menjamin kejayaan blog anda dengan sebarang topik khusus. Namun, maklumat yang diperoleh darinya boleh membantu anda ke arah yang betul. Gunkanlah kedua-dua ini sebagai panduan dalam mebina blog anda dan semua isi kandungan. Ini adalah suatu kelebihan jika anda melakukannya.





0 comments:

Post a Comment

1001 Secrets Inside of Google AdSense