Mesti buat & jangan buat dengan Google Adsense
Mesti buat & jangan buat dengan Adsense
Sekarang anda semua tahu apa itu sebenarnya Adsense, saya disini menyediakan apa yang mesti dan jangan anda lakukan dengan Google Adsense, lebih dan kurang dengan apa yang saya ceritakan sebelum ini.
Mesti buat
Undang-undang yang pertama dalam menggunakan Google Adsense adalah mengikut terma dan syarat perhidmatannya. Kebolehan Google untuk merisik setiap blog yang menggunakan perhidmatan Google AdSense adalah tidak terkecuali, jika Google mendapati sebarang pelanggaran terma dan syarat yang dikeluarkan oleh Google, akaun Google AdSense anda akan dibekukan serta merta. Google amat serius dengan polisi mereka. Baki hasil Adsense juga akan di tarik semula.
Buatkan laman blog yang berinformasi tentang topik yang pelbagai, tetapi mestilah konsisten dengan tema atau tajuk blog anda. Cara ini akan mempelbagaikan pilihan iklan AdSense untuk disiarkan dalam blog. Semakin banyak pilihan iklan AdSense, ianya akan memaksimumkan Click Through Rate (CTR) iklan anda.
Gunakan keyword yang sesuai dengan laman blog anda. Keyword yang mempunyai nilai bayaran yang tinggi tidak semestinya mempunyai pulangan yang banyak. Berfikiranlah dengan relevan. Pelbagaikan penggunaan keyword dalam blog, ini juga dapat menigkatkan iklan AdSense yang relevan.
Siarkan maklumat yang unik dalam blog anda. Lebih spesifik isi kandungan blog, ia akan menjadi lebih tepat iklan Adsense, dan juga lebih efektif. Fokus untuk memberikan maklumat blog yang berguna!
Ekspeimen setiap format iklan Adsense dalam blog \ dan pilih iklan Adsense yang sesuai dengan blog. Anda boleh memilih untuk menggunakan pelbagai format iklan Adsense dalam laman blog anda.
Letakkan blok iklan Adsense pada posisi yang kelihatan jelas kepada pembaca blog. Letakkan iklan Adsense di bahagian atas laman blog yang membolehkan iklan Adsense dilihat tanpa perlu pembaca blog untuk scroll ke bawah.
Preview laman blog anda, anda perlu lihat berdasarkan pandangan sebagai pembaca blog dan lihat iklan Adsense yang muncul dalam blog. Lihat bagaimana pembaca blog melihat blog.
Gunakan channel Google dan software tracking yang lain untuk melihat perjalanan iklan Adsense dalam blog.
Jangan buat
Jangan buat sesuatu perkara yang menyebabkan pembaca blog untuk meng-click iklan Adsense anda. Ada beberapa cara kotor yang biasa digunakan oleh Blogger yang menyalahi terma Google Adsense:
- Perisian click automatik
- Mengulangi click secara manual
- Menggunakan bot untuk meng-click iklan Adsense
- Click iklan Adsense pada blog sendiri
- Trick pembaca blog untuk meng-click iklan Adsense dengan menggunaka maksud-maksud tertentu.
Isi kandungan blog sepatutnya tidak menyembunyikan teks iklan Adsense dan URL. Adalah dinasihatkan supaya menggunakan jenis font, saiz, warna (latar belakang dan font) yang sama dengan isi kandungan blog anda supaya iklan Adsense tidak dapat dikesan sebagai blok iklan. Iklan anda sepatutnya nampak seperti sebahagian daripada isi kandungan blog.
Jangan biarkan laman blog anda mempunyai link yang rosak (link yang tak berfungsi). Laman blog haruslah tidak mempunyai link yang tidak berdungsi. Isi kandungan blog anda mestilah informatif, berkualiti tinggi dan pastinya iklan Adsense anda akan relevan dengan isi kandungan blog.
Jangan post isi kandungan blog yang lama dan yang mempunyai copyright. Berhati-hati dengan maklumat yang sudah lapuk dan peniruan teks. Hindarkannya daripada berada dalam blog anda.
Monday, March 02, 2009
good artcle....
Post a Comment